Cari Di sini

Memuatkan ...

Isnin, 2009 Ogos 17

Dalam Kenangan...

ASRI RABBANI ...
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...(catatan blog Asri Rabbani)
Memang bumi dijadikan Allah tempat bercucuk tanam dan
mencari rezeki disamping mendapat redha Nya.Adalah
menjadi kewajapan kita menggunakan apa yang Allah berikan sebaik mungkin seperti bercucuk tanam dan sebagainya.Hati jd gembira melihat hasil berbuah dan nikmat itu membuktikan kekuasaan Allah untuk makhluknya.
Selain itu tanaman td memperlihatkan pemandangan yang meredupkan pandangan dan menenangkan jiwa.Manakan tidaknya melihat bunga yang cantik berkembang atau buah
bergantungan di tangkainya...syukur Alhamdulilah.

Isnin, 2009 Ogos 10

H1N1

H1N1 dah mai...sesiappa yang kena dikenalpasti
boleh menyebabkan kematian dan menyebarkannya
kepada orang lain secara domestik...ini adalah
satu dugaan lagi kepada umat manusia...
Banyak sekolah,puasat pengajian tinggi,factory2
ditutup ....walau bagaimanapun setakat ni tak la
teruk sangat kata Najib,cuma doktor Chong Jerantut je gabra...(geng doktor muda)
Satu sebab banyak makan buah-buahan ramai
la insan yang demam buah,walau cam mana
pun itu semua rezeki Allah,syukur alhamdulilah,
tima kasih Hai-O...

Selasa, 2009 Ogos 04

Balik kampung

Hari minggu tu balik kg. jap kt.ganu...puas makan duku ganu maa..tp waktu
pi tayar keta boco,kena tukar kat kemaman, mujur depan kedai tayar,apek tu kata x leh tampal dah bengkak,mungkin lama dah x sedar...terbang rm200 tapi yang penting dpt balik round KT,tp x ade
geng balik sbb cuti pendek...apa pun seronok gak
bebudak jupe sepupu die la...aku sempat tengok umah kat ganu
tapi harga dia pulamak mahal...mlm.minggu tu keluo berita GMI
buat demo dan disembur oleh FRU dan seperti biasa keluo lg muka PM fourmula1 keh..keh...1malaysia.

Khamis, 2009 Julai 30

Sibuk...

Sorry la lama tak update...
Babydungo dah mare...
Kalu mare tak beli Radix...
banyak kerja la,kat sekolah,rumahtangga,
Kalu letih tak jadi ape projek pun...
Tapi kadang-kadang bile jalan-jalan boleh
gak rehatkan kepala,tengok pemandangan ka,
tengok IKAN dalam akuarium...best tengok kejadian Allah, membolehkan kite menilai diri kite balik...
betul tak babydungo...kalu setakat datang petang
lewat duk balik pokok baik tak payah,pas tu baru nak sibuk tiup wisel,org.nak balik dah pun...

Isnin, 2009 Julai 20

MU lawan Malaysia

MU mengalahkan Msia 3-2...
Mula-mula game aku sokong MU,tp. selepas melihat bagaimana Amri score 2 biji,aku sokong Msia pulak...
Kesian tengok Msia x ada penyokong dan teruja tengok Msia main baik...so FAM kena lawan dengan pasukan kuat baru players semangat,bukan lawan Indon,Myanmar,etc...mungkin rencam ptg.tu menjadi buat Rajagopal tapi MU ajak lawan balik(nak balas dendam kot)...Memetik kata-kata Amri dlm.paper utama "sy.tengok dlm.tv Van Der Sar selalu kluo dr gol jadi saya terus lambung dr jauh dan memang betul la..." Itu pemain ada ilmu yang menonton dan mengkaji dan seterusnya mengaplikasikan dlm perlawanan sebenar...
Mesti org.kampung Amri wat kenduri sebab Van Der Sar terkapai-kapai walaupun dia macam galah...Hidup Chelsea!!!

Khamis, 2009 Julai 16

Memori lama

Beberapa hari lepas saye dpt call dr member2 lama semasa di STAR Ipoh.Sememangnya ingatan lepas banyak mencuit kite...dari zaman remaja yang pening2 hinggalah ke dunia kita sekarang...mereka2 dulu ini lah sahabat dan sedara kita jauh dari keluarga...
Kini kita telah beredar ke zaman baru dengan juga insan2 baru tapi insan lame tidak dilupe...
Thanks to all friends yg contek semula...
you all still the best and wish good luck to all
starians...
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)

Isnin, 2009 Julai 13

Demam

Musim demam melanda anak-anak,mungkin
sebab banyak makan buah-buahan,selain itu
orang kata sakit itu menghapuskan dosa-dosa
kecil kita...Sememangnya kalau kita meminta
dari Allah menghapuskan dosa-dosa kita ianya lebih baik dari mengharapkan kita sakit.Tapi kita masih malas meminta keampunan tuhan...Memang itu sikap manusia yang merasakan dirinya hebat didunia
ini tanpa memikirkan tuhan...baginya mati cerita lain kat kubur sok lain...
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)